awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif lebih 53.7 juta, kematian 1.3 juta

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2020
21:01 MYT
COVID-19: Kes positif lebih 53.7 juta, kematian 1.3 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas. - Reuters
JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 53.7 juta
Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 10.8 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 8.7 juta kes, manakala Brazil merekodkan hampir 5.8 juta kes.
Negara yang melepasi angka 1 juta kes adalah Perancis, Rusia, Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Colombia dan Itali.
Mexico, Peru, Jerman, Afrika Selatan, Iran, Poland, Chile, Ukraine dan Iraq termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.
Sementara itu, jumlah kumulatif kematian global pula kini lepasi 1.3 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 243,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 164,000 kes.
Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 128,000 dan 97,000 kes kematian.
Manakala, kematian di United Kingdom lepasi 51,000.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#kes positif
#India
#Brazil
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan