Skip to main content

Dunia

COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 7.84 juta

81592055718_Astrazeneca.jpg
81592055718_Astrazeneca.jpg
Advertisement
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 120 ,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global pada Ahad meningkat kepada 7.84 juta berbanding 7.72 juta pada hari sebelumnya.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 2.09 juta.

Kes positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 850,000 kes.

Rusia pula ketiga tertinggi dengan 528,000 kes.

Lima lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 adalah India, United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Peru.

Lapan negara berada dalam kelompok kes jangkitan melebihi 100,000 kes, iaitu  Perancis, Jerman, Iran, Turki, Chile, Mexico, Pakistan dan Arab Saudi.



Must Watch Video

Advertisement