awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta, kes kematian 2.6 juta

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2021
22:14 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta, kes kematian 2.6 juta
Seorang petugas kesihatan dilihat mengambil sampel untuk ujian swab COVID-19 di Vietnam. - Foto AP/Hau Dinh
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29 juta kes, diikuti India dengan 11.22 juta kes dan Brazil dengan lebih 11 juta kes.
Negara yang melebihi angka 4 juta kes adalah Rusia dan United Kingdom manakala Perancis, Sepanyol dan Itali melebihi tiga juta kes.
Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia dan Belanda pula catat lebih sejuta kes positif.
Manakala Kanada, Chile, Romania, Portugal, Israel, Belgium, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes termasuk Malaysia.
Data jumlah kes COVID-19 yang diperolehi dari Johns Hopkins University.
Data jumlah kes COVID-19 yang diperolehi dari Johns Hopkins University.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.6 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 525,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 265,000 kes.
Mexico, India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran, Colombia, Argentina dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Peru, Poland dan Indonesia.
Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium, Kanada dan Chile pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban dan kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Amerika Syarikat
#seluruh dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan