awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
AirAsia X dinamakan semula sebagai AirAsia pada 19 Januari - Tony Fernandes
Tutup nombor pendaftaran kenderaan isi RON95, pemandu didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia melepasi 249 juta, korban 5.03 juta

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2021
22:56 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia melepasi 249 juta, korban 5.03 juta
Lebih 500,000 kes positif baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto fail/REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 249 juta, berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 46 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.
United Kingdom kini catat lebih 9 juta kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.4 juta kes dan Thailand dengan 1.9 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 212,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.03 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 753,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 5.03 juta.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 608,000 kes, India lebih 459,000 kes dan Mexico lebih 289,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 239,000 kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 96,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 44,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 19,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan