ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global mencecah 1.17 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 228,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 158,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 120,000 dan 90,000 kes kematian.

Manakala, angka korban di United Kingdom  melepasi 45,000 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Peru, Iran dan Colombia pula berkongsi angka korban dengan lebih 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban ialah Argentina dan Rusia.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.