INTERNATIONAL

COVID-19: Menteri Kesihatan UK disahkan positif

Astro Awani 17/07/2021 | 23:12 MYT
Menurut Javid, ketika ini, simptom yang dialami adalah gejala ringan. - Gambar fail
MENTERI Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid disahkan positif COVID-19.

Beliau yang bertanggungjawab atas pengurusan COVID-19 di negara itu kini menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian saringan kedua.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter rasminya, Javid memaklumkan sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Jelasnya, ketika ini, simptom yang dialami adalah gejala ringan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Justeru beliau menggesa agar rakyat Britain yang masih belum menerima suntikan vaksin untuk segera mendapatkannya.

Vaksin jelas beliau mampu melindungi rakyat secara keseluruhannya selain meringankan beban sistem kesihatan awam.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Javid sebelum ini mengambil alih tugas tersebut daripada Matt Hancock yang meletak jawatan gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.





#COVID-19 #suntikan #vaksin #SOP #video #Twitter #Britain #United Kingdom #ujian saringan #Sajid Javid #kuarantin