awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kesihatan UK letak jawatan langgar SOP COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2021
22:50 MYT
Menteri Kesihatan UK letak jawatan langgar SOP COVID-19
Hancock segera memohon maaf selepas gambar itu tular dan mengakui melanggar sekatan pergerakan. - Foto Twitter/Matt Hancock
LONDON: Sehari selepas mohon maaf kerana melanggar sekatan pergerakan berikutan sebuah akhbar menyiarkan gambarnya memeluk mesra serta mencium seorang wanita, Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock memutuskan untuk letak jawatan.
Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson.
Dalam surat berkenaan, Hancock berkata, beliau ambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Di laman Twitter pula, katanya, semasa pandemik, rakyat meletakkan harapan tinggi kepadanya dan beliau berhutang kepada mereka dalam situasi berkenaan.
Johnson pula berkata, beliau menerima peletakan jawatan Hancock dengan rasa sedih.
Dalam pada itu, Downing Street memaklumkan, bekas Canselor, Sajid Javid akan menggantikan Hancock untuk jawatan berkenaan.
Sebelum ini, akhbar tabloid memaparkan gambar menunjukkan Hancock yang sudah berkahwin dan seorang pembantu kanan berpelukan dan bercium di sebuah pejabat di Jabatan Kesihatan.
Gambar itu didakwa diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) pada 6 hingga 11 Mei sebelum peraturan sekatan pergerakan dilonggarkan untuk membolehkan pelukan dan hubungan fizikal lain di luar rumah sendiri.
Hancock segera memohon maaf selepas gambar itu tular dan mengakui melanggar sekatan pergerakan.
Serentak itu, pihak pembangkang mahu Hancock dipecat kerana secara terang-terangan melanggar perintah sekatan.
Selama berminggu-minggu Hancock menerima tekanan sejak bekas pembantu Perdana Menteri, Dominic Cummings menuduhnya menyebabkan kegagalan kerajaan dalam mengawal wabak COVID-19 di UK.
Topic Berkaitan
#Matt Hancock
#letak jawatan
#Menteri Kesihatan
#COVID-19
#SOP
#Boris Johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan