COVID-19 menular di seluruh Finland dengan 200 kes setiap minggu

Jumlah kes meningkat pada musim luruh, dengan kira-kira 200 kes disahkan melalui ujian makmal setiap minggu. - AP
ISTANBUL: Finland kini mengalami peningkatan kes COVID-19 dengan 200 kes disahkan setiap minggu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar Yle pada Isnin.
Seorang pakar daripada Institut Kesihatan dan Kebajikan (THL) berkata jumlah kes meningkat pada musim luruh, dengan kira-kira 200 kes disahkan melalui ujian makmal setiap minggu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
"Ini ialah kes yang disahkan melalui ujian makmal dan hanya sebahagian kecil daripada jumlah jangkitan sebenar. Kebanyakan individu yang dijangkiti (Covid) berada di rumah. Boleh dikatakan jangkitan koronavirus sedang menular di seluruh negara," kata Niina Ikonen.
Namun, musim luruh tahun ini mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila kira-kira 1,000 kes disahkan melalui ujian makmal setiap minggu.
"Ketika ini terdapat banyak jenis virus pernafasan lain yang turut menular," tambah Ikonen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


