Skip to main content

Dunia

Universiti Islam Madinah lanjut tempoh permohonan untuk pelajar antarabangsa

Universiti itu memaklumkan bahawa kursus yang ditawarkan merangkumi beberapa bidang termasuk al-Quran, hadis, syariah, bahasa Arab dan ekonomi. - Gambar fail
Universiti itu memaklumkan bahawa kursus yang ditawarkan merangkumi beberapa bidang termasuk al-Quran, hadis, syariah, bahasa Arab dan ekonomi. - Gambar fail

Advertisement

Advertisement

MADINAH: Universiti Islam Madinah melanjutkan tarikh akhir permohonan bagi kursus dalam taliannya hingga Sabtu, 7 Nov, susulan permintaan daripada pemohon antarabangsa yang menetap di luar Arab Saudi, sekali gus memberikan mereka masa tambahan untuk melengkapkan permohonan masing-masing.

Universiti itu memaklumkan bahawa kursus yang ditawarkan merangkumi beberapa bidang termasuk al-Quran, hadis, syariah, bahasa Arab dan ekonomi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pemohon boleh memilih satu atau lebih kursus, tertakluk kepada syarat kemasukan yang ditetapkan bagi setiap kursus berkenaan.

Advertisement

Universiti itu turut menggalakkan bakal pemohon supaya merujuk panduan kemasukan dan melengkapkan pendaftaran menerusi platform dalam talian universiti berkenaan.

-- BERNAMA-SPA

Must Watch Video

Advertisement