awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Petronas sedia main peranan penyelesaian bekalan tenaga, kelestarian
MALAYSIA
2,000 pelajar tahfiz di Pahang sertai program solidariti Palestin
BISNES
Bank Islam lancar IFiRST untuk dorong syarikat laksana amalan lestari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

COVID-19: Pasukan sukarelawan Thailand bantu pesakit

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2021
23:57 MYT
COVID-19: Pasukan sukarelawan Thailand bantu pesakit
Seorang sukarelawan daripada kumpulan 'Samai Will Survive' memeriksa keadaan pesakit COVID-19 di rumahnya. - Foto AP/Tassanee Vejpongsa
BANGKOK: Thailand kini berdepan tekanan dalam usaha membendung penularan COVID-19 terutamanya selepas sistem kesihatan awam negara itu hampir lumpuh.
Namun, di sebalik kesukaran yang dihadapi ketika ini, ada bantuan dihulurkan terutamanya terhadap golongan rentan untuk mendapatkan khidmat kesihatan.
Inisiatif tersebut dijalankan sebuah kumpulan sokongan yang dilakukan di Samai, Bangkok.
Kumpulan sokongan yang digelar 'Samai Will Survive' itu dilaporkan menerima ratusan panggilan kecemasan setiap hari daripada pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan.
Menurut ketua kumpulan tersebut, Ekapob Laungprasert, mereka menawarkan diri untuk membantu para doktor dan jururawat yang kini sudah keletihan.
"Kami menyedari usaha yang diberikan para doktor serta jururawat serta kepenatan yang mereka rasai.
"Apa yang kami cuba lakukan adalah untuk meringankan beban mereka," katanya.
Antara bentuk bantuan yang diberikan termasuk menghantar bekalan oksigen kepada pesakit COVID-19 dan keperluan kesihatan lain menggunakan dana yang disumbangkan orang awam.
Ketika ini, jumlah kes harian di Thailand meningkat sehingga 15,000 kes setiap hari, dan di Bangkok sahaja, kira-kira 20,000 pesakit sedang menunggu giliran untuk ditempatkan ke dalam wad.
Susulan peningkatan drastik kes di negara itu, ada pihak yang mempersoalkan mengapa program vaksinasi bergerak perlahan.
Setakat ini, hanya 5 peratus rakyat negara itu lengkap divaksinasi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pesakit
#Samai Will Survive
#sukarelawan
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami