Skip to main content

Dunia

COVID-19: Penduduk Shanghai ketuk periuk, kuali tanda protes

71651279036_ProtestoverCOVIDi.jpg
SHANGHAI: Penduduk di komuniti Nanxing di wilayah Jing'an memukul periuk dan kuali sebagai sebahagian daripada protes terhadap perintah berkurung yang hampir sebulan.

Sebahagian penduduk melaungkan 'agihkan makanan' sebagai tanda protes selepas lebih daripada tiga minggu terkurung.

Mereka mendakwa, sumber makanan telah kehabisan dan penguatkuasaan yang berat serta kekurangan persediaan menyebabkan ramai mengkritik perintah berkurung itu.

Shanghai melaporkan 52 kematian pada Khamis menjadikan jumlah kematian kepada 337 kes.

Ketua Pasukan Pakar COVID-19 China, Liang Wannian berkata, terdapat tanda-tanda peningkatan kes di Shanghai dan keadaan masih serius.

Bandar itu merekodkan 15,000 kes pada Khamis menyumbang sebahagian besar kes di seluruh China.

Advertisement

Must Watch Video