awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengeluar vaksin perlu sedia cipta dos baharu ikut mutasi - Dr Fauci

Agensi
Agensi
29/01/2021
23:26 MYT
COVID-19: Pengeluar vaksin perlu sedia cipta dos baharu ikut mutasi - Dr Fauci
Dr Anthony Fauci berkata penularan tergempar ini merupakan peringatan kepada semua agar sentiasa berusaha mengikuti mutasi virus. -Gambar fail
WASHINGTON:Pembuat vaksin perlu bersedia menghasilkan dos baharu dalam menghadapi peningkatan penyebaran mutasi COVID-19 ketika ini.
Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci berkata penularan tergempar ini merupakan peringatan kepada semua agar sentiasa berusaha mengikuti mutasi virus.
“Ini merupakan peringatan buat kami semua bahawa kami akan berhadapan dengan virus yang akan sentiasa berubah bagi menjangkiti manusia.
“Kita semua, dari pihak kerajaan kepada syarikat pembuat vaksin perlu berganding bahu dan sentiasa bersedia untuk menghasilkan vaksin yang sesuai atau yang lebih khusus terhadap varian baharu virus berkenaan,” jelasnya dalam satu taklimat COVID-19 di White House.
Kata Dr Fauci, sememangnya sifat virus adalah sering bermutasi bagi memudahkan penyebarannya.
Tambah beliau, para saintis perlu "lincah" dan bersedia melakukan perubahan terhadap vaksin walaupun mutasi setakat ini masih boleh dilindungi vaksin.
Katanya, penting untuk memberi vaksin kepada seberapa banyak orang secepat mungkin untuk mengelakkan mutasi baharu tercetus dan berkembang.
Para doktor dan pegawai kesihatan awam sebelum ini diingatkan harus merawat setiap kes baharu COVID-19 seolah-olah ia mutasi baharu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Anthony Fauci
#Mutasi
#varian baharu
#dos baharu
#penyakit berjangkit
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan