DUNIA
COVID-19: Pertambahan 293 kes baharu, Tokyo tingkat amaran ke tahap dua

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, memberitahu pihaknya telah meningkatkan tahap amaran kepada tahap dua dan membuat persiapan pusat kuarantin yang menempatkan sehingga 2,700 katil. -Reuters
Kes baharu COVID-19 di bandar raya Tokyo terus meningkat dengan 293 lagi kes direkodkan pada Jumaat.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, memberitahu pihaknya telah meningkatkan tahap amaran kepada tahap dua dan membuat persiapan pusat kuarantin yang menempatkan sehingga 2,700 katil.
Pada Khamis, Tokyo merekodkan sebanyak 286 kes COVID-19 yang mana dikhuatiri berpunca daripada pembukaan sektor ekonomi yang dilakukan dengan tergesa-gesa.
Tambah Koike, peningkatan kes adalah berpunca daripada ujian saringan yang dilakukan secara agresif.
Ibu negara Jepun itu sebelum ini merancang untuk melakukan sehingga 10,000 ujian saringan sehari, namun kini hanya mampu menangani 6,500 setiap hari.
Setakat ini, Jepun telah mencatatkan sekurang-kurangnya 24,000 kes positif dan kira-kira 1,000 kematian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami