MALAYSIA
Guru mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap murid lelaki

Guru Syahril Faiza Zakaria berhadapan empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun tahun lepas. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 tahun pada Mac dan Mei tahun lepas.
Ringkasan AI
- Pertuduhan Serius terhadap Guru: Seorang guru berusia 51 tahun didakwa atas empat pertuduhan amang seksual terhadap murid lelaki berumur 11 tahun, berlaku dalam kereta dan tandas resort pada Mac dan Mei 2024.
- Tindakan Mahkamah & Jaminan: Tertuduh mengaku tidak bersalah dan diikat jamin RM30,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa serta perlu melapor diri ke balai polis setiap dua bulan.
- Tarikh Sebutan Semula Kes: Mahkamah menetapkan 10 September sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen kes.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan untuk setiap pertuduhan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Syahril Faiza memandangkan kes itu melibatkan kepentingan awam, kebajikan mangsa dan mempunyai hubungan amanah dengan tertuduh.
Peguam Mohd Saifullah Che Mat merayu agar jaminan sesuai dikenakan atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri, mempunyai masalah jantung sejak Mei lepas, menghidap kemurungan tahap serius dan tidak berkahwin.
Anak guamnya yang sebelum ini berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Tumpat juga, katanya telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan di daerah berkenaan.
Hakim Zulkifli Abllah membenarkan Syahril Faiza diikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa secara langsung atau tidak langsung serta melapor diri ke balai polis setiap dua bulan sekali.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami