WARGA Rusia yang disuntik vaksin COVID-19 akan diberikan sijil vaksinasi elektronik.
Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko berkata, sijil ini secara automatik tersedia di sebuah portal dalam talian untuk perkhidmatan awam bernama Gosuslugi bermula 1 Januari.
Bagaimanapun Murashko tidak memperincikan bagaimana dokumen tersebut boleh digunakan atau bilakah ia akan digunakan.
"Sejak 1 Januari mana-mana pesakit yang telah divaksinasi akan memperoleh sijil elektronik vaksinasi terhadap koronavirus yang secara automatik dikeluarkan di portal Gosuslugi (platform dalam talian yang menawarkan pelbagai perkhidmatan awam untuk warga Rusia) dalam profil mereka," katanya.
Bulan lalu, program vaksinasi besar-besaran COVID-19 dimulakan di Rusia menggunakan vaksin Sputnik V yang masih menjalani ujian fasa terakhir untuk menilai keselamatan dan keberkesanannya.
Murashko berkata, lebih daripada 800 ribu rakyat Rusia telah divaksinasi dengan lebih daripada 1.5 juta dos telah diedarkan ke wilayah seluruh negara itu.
Pekerja barisan hadapan seperti doktor dan guru antara kelompok pertama mendapat suntikan vaksin.
Minggu lalu, Kementerian Kesihatan Rusia meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V untuk digunakan di kalangan mereka yang berusia lebih 60 tahun.
Pihak berkuasa Rusia telah melaporkan lebih daripada tiga juta jangkitan COVID-19 yang keempat tertinggi di dunia dengan 58 ribu kematian.
Rusia dilanda gelombang baharu wabak ketika musim luruh dengan jumlah jangkitan dan kematian melebihi jumlah dilaporkan pada musim bunga.
Kerajaan Rusia menolak untuk melakukan penutupan kali kedua.
Astro Awani
Sun Jan 03 2021
Seorang anggota perubatan hospital menerima suntikan vaksin Sputnik-V dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19 di Tver, Rusia, 12 Okt, 2020. REUTERS
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Nebenzia mengutuk tindakan Israel kerana tindakan mereka terhadap Iran jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
Rusia dakwa AS, Britain dan Ukraine dalang serangan konsert
Jawatankuasa penyiasat Rusia mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati.
OIC kutuk serangan pengganas bersenjata di Rusia
Setiausaha Agung OIC Hussein Ibrahim Taha mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas bersenjata di Dewan Bandaraya Crocus dekat Moscow pada Jumaat.
Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati
Perdana Menteri berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.