Skip to main content

Dunia

COVID-19: AS salur dana AS$11 bilion untuk tingkat ujian saringan

81583978620_DonaldTrump.jpg
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pentadbirannya telah meluluskan AS$11 bilion (kira-kira RM48 bilion) kepada setiap negeri dan wilayah di negara itu untuk meningkatkan ujian saringan COVID-19.

Katanya, dana itu akan memastikan AS melaksanakan lebih banyak ujian saringan berbanding negara lain.

"Untuk memperluas kemampuan pengujian negara, saya mengumumkan bahawa pentadbiran telah meluluskan dana AS$11 bilion untuk negeri di AS dan wilayahnya.

โ€œJadi ia telah dipersetujui. Kita telah melaksanakannya dan telah selesai.

"Pelaburan utama ini akan memastikan AS terus melakukan lebih banyak ujian daripada negara lain di dunia ini,โ€ kata Trump.

Mengikut laporan dalaman daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, kes baharu dijangka melonjak pada pertengahan bulan ini dan mungkin mencecah 200,000 kes sehari pada 1 Jun nanti.

CDC turut menjangkakan angka kematian harian COVID-19 akan meningkat kepada 3,000 korban.

Daripada sembilan model yang dipetik oleh CDC pada 1 Mei lalu, tiga daripadanya meramalkan 100,000 kematian bakal direkodkan dalam tempoh empat minggu ini.

Salah satu model daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) menjangkakan 113,000 tambahan kematian pada 1 Jun nanti.

Advertisement

Must Watch Video