BANGKOK: Thailand melaporkan 4,803 kes baharu COVID-19 termasuk 2,702 jangkitan membabitkan banduan dan 31 lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 149,779 dan 988 orang meninggal dunia setakat ini.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 4,752 adalah jangkitan tempatan manakala 51 kes import termasuk 47 rakyat Thailand yang pulang dari Kemboja.
Sehingga kini, katanya sejumlah 46,480 termasuk 1,221 pesakit berada dalam keadaan serius dan 406 memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Sebanyak 120,916 kes dan 894 kematian dicatatkan dalam tempoh kira-kira dua bulan sejak gelombang ketiga bermula pada April," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Taweesin berkata sejumlah 43 kluster aktif dikesan di Bangkok termasuk 15 di kem pekerja binaan, 12 dikaitkan dengan pasar dan pusat beli-belah.
Kluster penjara terus menjadi kebimbangan kerajaan dan menurut Jabatan Penjara lebih 22,000 banduan didapati positif, melibatkan 15 penjara.
Sehingga kini, terdapat kira-kira 310,000 banduan di 143 penjara seluruh negara.
Mengenai kes kematian terkini, Taweesin berkata 18 terdiri lelaki dan 16 wanita berusia antara 35 dan 87 tahun termasuk 21 di Bangkok, masing-masing dua di Samut Prakan, Chiang Rai dan Pathum Thani.
Sementara itu, Kementerian Masyarakat dan Ekonomi Digital berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak benar mengenai vaksin COVID-19 yang dikatakan mengandungi gelatin babi atau lemak babi.
Pusat Anti-Berita Tidak Benar kementerian Jabatan Kawalan Penyakit telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kandungan kedua-dua jenis vaksin tersebut dan mendapati ia tidak mengandungi lemak babi, lapor The Nation.
"Tolong jangan sebar maklumat seperti itu, kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di tengah peningkatan wabak," tambah laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
Sehingga kini, sejumlah 46,480 termasuk 1,221 pesakit berada dalam keadaan serius dan 406 memerlukan alat bantuan pernafasan di negara itu. - Gambar fail/REUTERS
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Liga-M: Kelantan beri jaminan akan selesai isu kemudahan Stadium Sultan Muhammad IV
Isu itu mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.