awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand rekod peningkatan kes harian tertinggi setelah pengesanan kes aktif

Bernama
Bernama
26/01/2021
14:42 MYT
COVID-19: Thailand rekod peningkatan kes harian tertinggi setelah pengesanan kes aktif
Thailand merekodkan 959 kes COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 14,646 kes dan 75 kematian. - REUTERS
BANGKOK:Thailand merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 tertinggi sejak wabak itu menular di negara itu pada Januari tahun lepas, berikutan pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon, dengan kes COVID-19 kian meningkat setelah virus berkenaan mula dikesan, pada pertengahan Disember lepas.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata Thailand merekodkan 959 kes COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 14,646 kes dan 75 kematian.
Daripada 959 kes baharu itu, katanya 937 adalah penularan tempatan termasuk 848 kes melalui pengesanan kes aktif di Samut Sakhon (760 pekerja migran dan 84 warga Thailand) dan Bangkok (empat) sementara 89 kes lain adalah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital serta 22 kes import.
"Peningkatan kes COVID-19 itu berikutan pengesanan kes aktif di pusat wabak terbaharu kerana ia boleh mengekang secara efektif penulara wabak berkenaan di negara ini," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Semalam, penolong jurucakap CCSA Dr Apisamai Srirangsan berkata Thailand merancang untuk menyaring sekurang-kurangnya 60,000 penduduk Samut Sakhon meliputi di kawasa kilang, asrama, pasar dan komuniti dalam minggu ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dalam negara.
Sementara itu, Thaweesilp berkata gelombang baharu kes COVID-19 sejak pertengahan Disember telah mencecah 10,409 kes dengan 15 kematian.
Katanya, penularan terbaharu wabak berkenaan mendapati 58 peratus pesakit berusia antara 20 dan 29 tahun, mudah terdedah kepada jangkitan, diikuti mereka yang berusia antara 30 hingga 39 tahun (29 peratus).
Beliau menambah, CCSA akan mengadakan mesyuarat esok untuk membincangkan mengenai pelonggaran sekatan dan langkah-langkah di dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Bangkok
#kes positif
#gelombang baharu
#COVID-19
#pengesanan kes aktif
#CCSA
#Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan