awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand rekod satu kes baharu, 26 hari tiada penularan tempatan

Bernama
Bernama
20/06/2020
11:25 MYT
COVID-19: Thailand rekod satu kes baharu, 26 hari tiada penularan tempatan
Bangkok dan Nonthaburi melaporkan jumlah kes tertinggi pada 1,757 kes, diikuti wilayah selatan (744).
Seorang wanita warga Thai yang baru kembali dari Bahrain merupakan pesakit terbaharu COVID-19 di Thailand, menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 3,147 kes dengan kematian kekal 58 orang.
Hari ini merupakan hari ke-26 tiada penularan tempatan direkodkan di negara itu.
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), sejak 3 April lalu hingga hari ini, sebanyak 210 kes COVID-19 melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara dan menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti kerajaan dikesan.
"Sementara itu, sebanyak 10 lagi pesakit pulih dan dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam lepas. Setakat ini, sebanyak 3,018 pesakit telah pulih dan didiscaj dari hospital manakala 71 masih dirawat," demikian menurut CCSA dalam kenyataan hari ini.
Bangkok dan Nonthaburi melaporkan jumlah kes tertinggi pada 1,757 kes, diikuti wilayah selatan (744), wilayah tengah (440), timur laut (111) dan utara (95).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCSA
#COVID-19
#jangkitan
#luar negara
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan