awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
Letupan di Universiti HELP: PM Anwar mahu siasatan segera, menyeluruh dijalankan
Venezuela guna hasil jualan minyak perkasa sistem kesihatan - Presiden interim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand tiada kes baharu atau kematian untuk dua hari berturut-turut

Bernama
Bernama
28/06/2020
12:33 MYT
COVID-19: Thailand tiada kes baharu atau kematian untuk dua hari berturut-turut
Dengan keadaan COVID-19 di negara itu yang semakin baik, semua perniagaan dan venue termasuk pusat hiburan seperti pub, bar dan karaoke, kafe siber dijadualkan beroperasi semula Rabu ini. - Reuters
Thailand mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes baharu dan korban, menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal pada 3,162 dengan lima kematian.
Hari ini merupakan hari ke-34 Thailand tidak menyaksikan jangkitan tempatan.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand pula berkata sejumlah 51 pesakit masih menerima rawatan di hospital.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantravanich berkata Timbalan Menteri Pertahanan Jen Chaichan Changmongkol telah mengarahkan angkatan tentera untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 di negara itu yang dijadualkan membuka semula perniagaan dan venue termasuk sekolah bermula 1 Julai ini.
Kongcheep berkata anggota tentera akan memberi bantuan kepada sekolah untuk memastikan setiap orang mengamalkan penjagaan kebersihan dengan baik dan penjarakan sosial.
"Jen Chaican juga menggesa angkatan tentera meningkatkan kapasiti kemudahan kuarantin untuk rakyat Thai yang kembali dari luar negara," kata beliau seperti dilaporkan oleh akhbar Bangkok Post.
Dengan keadaan COVID-19 di negara itu yang semakin baik, semua perniagaan dan venue termasuk pusat hiburan seperti pub, bar dan karaoke, kafe siber dijadualkan beroperasi semula Rabu ini.
Perdana Menteri General Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat CCSA esok untuk memuktamadkan senarai perniagaan dan venue yang bakal dibuka semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#kematian
#kes baharu
#kesihatan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan