awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tidak dapat dielakkan, varian Omicron tiba di AS - Biden

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2021
22:54 MYT
COVID-19: Tidak dapat dielakkan, varian Omicron tiba di AS - Biden
Biden juga mempertahankan langkah menyekat perjalanan dari Afrika Selatan dan tujuh negara lain di selatan Afrika yang berkuatkuasa pada Isnin lalu. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Joe Biden akui negara itu tidak akan dapat mengelak daripada mengesan varian Omicron COVID-19.
Namun beliau berkata, negara itu mempunyai kaedah yang diperlukan untuk melindungi rakyat Amerika Syarikat terutamanya melalui vaksin COVID-19 dan dos penggalak.
"Larangan perjalanan serta-merta ini adalah kerana terdapat sejumlah besar kes, tidak seperti mana-mana negara lain, atau di sekitar Afrika Selatan.
"Kita memerlukan masa untuk memberi orang ramai peluang untuk dapatkan vaksin itu sekarang sebelum ia merebak ke seluruh dunia.
"Saya fikir ia hampir tidak dapat dielakkan dan ketika varian itu tiba di Amerika Syarikat, saya fikir tiada sesiapa pun akan keberatan untuk melaporkannya," katanya.
Biden juga mempertahankan langkah menyekat perjalanan dari Afrika Selatan dan tujuh negara lain di selatan Afrika yang berkuatkuasa pada Isnin lalu.
Jelasnya, ini bagi memberikan saintis masa untuk mengetahui lebih lanjut tentang varian baharu itu dan lebih ramai rakyatnya mendapatkan vaksin sebelum varian tersebut memasuki negara berkenaan.
jelasnya, tiada sekatan perjalanan selanjutnya pada ketika ini.
tambah beliau, sekiranya orang ramai diberikan vaksin dan memakai pelitup muka, tiada keperluan untuk melakukan sekatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Joe Biden
#vaksin
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan