awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UK mahu dunia selesai divaksin pada pertengahan 2022

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2021
01:47 MYT
COVID-19: UK mahu dunia selesai divaksin pada pertengahan 2022
Raab mendesak negara-negara lain bergabung dengan Britain dalam menderma vaksin agar komuniti dunia selesai divaksin pada pertengahan 2022. - Jeff Overs/BBC/Handout via REUTERS
LONDON: Setiausaha Luar Britain memberi amaran dunia tidak akan selesai dengan proses vaksinasi sehingga tahun 2024, jika mengambil kira kadar suntikan semasa.
Justeru, Dominic Raab mendesak negara-negara lain bergabung dengan Britain dalam menderma vaksin agar komuniti dunia selesai divaksin pada pertengahan 2022.
"Kami telah beri komitmen bekalkan 100 juta dos vaksin daripada lebihan bekalan domestik ke negara-negara termiskin dan paling terjejas di seluruh dunia menjelang pertengahan tahun depan.
"Kumpulan pertama iaitu sebanyak 9 juta dos akan diagihkan pada Jumaat dan akan diberi kepada negara-negara yang terjejas seperti Loas dan Kemboja serta rakan kongsi kami seperti Indonesia dan Malaysia selain sebilangan negara Komanwel yang meliputi Kenya sehingga ke Jamaica," jelas Raab.
BACA: UK sumbang 415,000 dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia
Katanya tindakan ini bukti Britain tidak hanya mementingkan diri sendiri sebaliknya menunjukkan negara berkenaan mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan nyawa demi kebaikan semua di dunia.
Raab berharap negara lain akan mengikuti jejak langkah Britain yang mula mendermakan kumpulan pertama 100 juta dos vaksin.
Jelasnya, berdasarkan unjuran semasa kadar vaksinasi, komuniti dunia hanya akan selesai divaksin pada 2024.
Katanya lagi britain ingin mempercepatkan tarikh tersebut pada pertengahan tahun depan sekali gus membuat perbezaan besar bagi negara-negara terjejas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#suntikan
#Britain
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan