awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksin tetap beri perlindungan walau keberkesanan rendah terhadap mutasi baharu

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2021
01:17 MYT
COVID-19: Vaksin tetap beri perlindungan walau keberkesanan rendah terhadap mutasi baharu
Sebuah ambulans dilihat di perkarangan Hospital Akademi Steve Biko di tengah penularan COVID-19 di Pretoria, Afrika Selatan, 11 Jan, 2021. REUTERS
WALAUPUN data keberkesanan vaksin dicatatkan lebih rendah apabila diuji terhadap mutasi baharu COVID-19 yang dikesan di Afrika Selatan, namun ia tetap memberikan perlindungan.
Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberi saranan, bagi memastikan vaksin tersebut lebih berkesan, bilangan orang yang divaksin perlu ditingkatkan.
Bercakap pada Persidangan COVID-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS), Dr Fauci mengakui vaksin COVID-19 yang dibangunkan tidak sempurna namun ia mampu memberi perlindungan bagi mengelak seseorang individu daripada dijangkiti semula virus itu.
"Keberkesanan vaksin mungkin kurang untuk melawan varian itu, bahkan bukan 100 peratus berkesan. Namun, kita boleh pastikan ia berkesan sekiranya ramai individu divaksin.
"Vaksin ini mampu beri keberkesanan bagi varian jangkitan sebelum ini. Ia bukanlah sepenuhnya, tetapi boleh dibanggakan," katanya pada Isnin.
Terdahulu, beberapa syarikat farmaseutikal melaporkan keberkesanan vaksin mereka berkurangan terhadap mutasi baharu Afrika Selatan, dikenali sebagai B 1.351.
Novavax menunjukkan hanya 50 peratus keberkesanan di Afrika Selatan berbanding ujian fasa terakhir di United Kingdom iaitu 89.3 peratus.
Johnson & Johnson pula berpendapat wujud perbezaan keberkesanan vaksin di mana Afrika Selatan hanya menunjukkan 57 peratus berbanding di Amerika Syarikat yang mencatatkan 72 peratus.
Topic Berkaitan
#Anthony Fauci
#vaksin
#penyakit berjangkit
#Afrika Selatan
#United Kingdom
#Amerika Syarikat
#United States
#COVID-19
#virus
#Mutasi
#varian
#varian baharu
#dijangkiti semula
#keberkesanan
#Novavax
#Johnson & Johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan