awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO sahkan tiada penularan di ibu pejabat Geneva

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2020
22:30 MYT
COVID-19: WHO sahkan tiada penularan di ibu pejabat Geneva
Dr Michael Ryan memberi amaran bahawa tiada persekitaran mana pun di dunia ini yang tidak mempunyai risiko. - Gambar fail
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada penyebaran atau kluster COVID-19 di ibu pejabat agensi kesihatan dunia itu di Geneva.
Menurut Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan, beberapa kes positif telah dikesan dan menular dalam kalangan komuniti.
Kata beliau, WHO kekal berwaspada ketika ini.
"Kami mempunyai pemeriksaan suhu semasa tiba di bangunan, pengisytiharan diri mengenai status kesihatan setiap hari untuk semua kakitangan dan mekanisme tindak balas segera, sekiranya seseorang jatuh sakit di rumah atau jatuh sakit di pejabat.
"Ini bukan situasi berisiko sifar. Kami telah mengatakannya berulang kali. Sekarang ini, tidak ada persekitaran di dunia ini tanpa risiko. Kami percaya telah menerapkan langkah-langkah pengurusan risiko yang sesuai dan tegas,” katanya.
Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa tiada persekitaran mana pun di dunia ini yang tidak mempunyai risiko.
Ketua Teknikal WHO Pandemik COVID-19, Maria Van Kerkhove dalam pada itu mengesahkan agensi berkenaan sedang mengesan semua kes dalam kalangan kakitangannya serta melakukan pengesanan kontak rapat.
Pada Isnin, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus disahkan mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti virus itu dan kini menjalani kuarantin.
Ibu pejabat agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu juga telah meningkatkan langkah keselamatan untuk mengekang virus.
Topic Berkaitan
#PBB
#WHO
#COVID-19
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#kes positif
#Michael Ryan
#Maria Van Kerkhove
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan