Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: DAP pertaruh peguam muda di Batu Kitang

Jordan Soo Tien Ren (kanan) menjadi taruhan DAP untuk mencabar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang daripada GPS. - Foto Astro AWANI
Jordan Soo Tien Ren (kanan) menjadi taruhan DAP untuk mencabar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang daripada GPS. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KUCHING: Peguam Jordan Soo Tien Ren, 29, menjadi taruhan DAP untuk mencabar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, 66, daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak edisi ke-13 ini.

Pertembungan dua calon itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO), Goh Thiam Ho ketika mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada jam 10.16 pagi di Majlis Perbandaran Padawan, di sini, pada Sabtu.

Jordan diumumkan sebagai calon pertama, manakala Lo yang merupakan seorang jurutera awam, sebagai calon kedua.

Advertisement

Pertandingan itu memperlihatkan pertembungan dua latar belakang profesional dan generasi berbeza dengan Jordan membawa profil calon muda, manakala Lo mempertahankan kerusi yang disandangnya selama dua penggal sejak PRN Sarawak 2016.

Batu Kitang merupakan kawasan pinggir bandar Kuching yang mempunyai seramai 39,721 pemilih berdaftar, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember ini sebagai Hari Pengundian.

Must Watch Video

Advertisement