Skip to main content

Dunia

Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden

Madagascar's new military ruler, Colonel Michael Randrianirina, speaks after being sworn in as president on Friday taking over from Andry Rajoelina following a coup that ousted him, at the constitutional court in Antanariv , Madagascar, October 17, 2025. REUTERS/Siphiwe Sibeko
Lima dron terma berteknologi tinggi terbang di atas kediaman presiden dan keluarganya pada Ahad malam hingga Isnin. - Reuters

ANTANANARIVO: Pejabat Presiden Madagascar memaklumkan dalam satu sidang media pada Rabu bahawa terdapat cubaan pembunuhan yang menyasarkan Presiden Michael Randrianirina, ekoran penerbangan dron terma di atas kediamannya, lapor Xinhua.

Menurut Pengarah Komunikasi di Pejabat Presiden Harry Laurent Rahajason, lima dron terma berteknologi tinggi terbang di atas kediaman presiden dan keluarganya pada Ahad malam hingga Isnin.

Dron itu, yang mampu mengesan bahagian dalam sesebuah kediaman, dipercayai digunakan untuk operasi pengawasan serta membantu mengenal pasti sasaran bagi cubaan pembunuhan. Ia bagaimanapun, berjaya dikesan dan diganggu hasil sistem anti-dron yang dipasang di kediaman presiden.

Rahajason turut mendedahkan mengenai satu lagi rancangan untuk membakar bangunan Dewan Negara yang dijadualkan pada Sabtu, turut berjaya digagalkan.

-- BERNAMA-XINHUA
 

Advertisement

Must Watch Video