POLIS Norway menahan seorang bekas komander kumpulan upahan Wagner kerana disyaki cuba menyeberangi sempadan secara haram untuk kembali ke Rusia selepas mendapat suaka di Norway awal tahun ini.
Andrei Medvedev, yang melarikan diri ke Norway dari Rusia pada Januari melalui sempadan Artik, telah menceritakan bahawa ketika dia melarikan diri, pengawal Rusia melepaskan tembakan ke arahnya.
Dalam temu bual dengan Reuters pada Sabtu, peguamnya dari Norway, Brynjulf Risnes bagaimanapun berkata, penahanan Medvedev adalah disebabkan salah faham.
"Dia berada di sana untuk melihat sama ada dia boleh menemui lokasi di mana dia menyeberang (ke Norway pada Januari).
"Dia ditahan ketika dia berada di dalam teksi. Dia tidak pernah pergi dekat sempadan. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyeberangi sempadan (ke Rusia)," kata Risnes.
Ketika tiba di Norway, Medvedev berkata, dia memohon suaka kerana bimbang nyawanya terancam selepas menyaksikan pembunuhan dan penganiayaan yang didakwa dilakukan terhadap tahanan Rusia di Ukraine.
Dia juga telah bercakap mengenai pengalamannya ketika berjuang di Ukraine sebagai sebahagian daripada kumpulan Wagner.
Polis dalam satu kenyataan lewat Jumaat berkata, seorang lelaki berusia 20-an ditahan kerana cuba menyeberangi sempadan Rusia secara haram, tetapi tidak menamakannya.
Melintasi sempadan ke Rusia hanya dibenarkan di had-had tertentu yang ditetapkan.
Risnes berkata, Medvedev berhak untuk kembali ke Rusia jika dia mahu, tetapi "banyak perubahan perlu berlaku" untuk memastikan dia dapat pulang dengan selamat.
Pada April, Medvedev disabitkan di Norway kerana terlibat dalam pergaduhan di bar dan membawa senjata api tetapi dia dibebaskan daripada tuduhan melakukan keganasan terhadap polis.
Pengasas Wagner, Yevgeny Prigozhin, terbunuh pada 23 Ogos apabila jet peribadi yang digunakannya terhempas di Rusia.
Astro Awani
Sat Sep 23 2023
Andrei Medvedev (kanan) dilihat bersama peguamnya Brynjulf Risnes di mahkamah, di Oslo, Norway, 25 April 2023. - Gambar fail REUTERS
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.