GAZA: Menculik kanak-kanak berambut keperangan atas alasan kononnya mereka warga Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza merupakan satu lagi taktik kejam dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin, terutama di Gaza selain serangan berterusan terhadap orang awam sehingga ke hari ini.
Rushdi al-Zhaza, 25, yang tinggal di kejiranan al-Zaytoun, timur Kota Gaza menghadapi situasi sedemikian lebih sebulan lalu apabila tentera Israel menyerbu rumahnya dan beliau sekeluarga diusir keluar tanpa sebab.
Menceritakan keadaan cemas itu, beliau berkata mereka dikumpulkan bersama keluarga penduduk lain di satu lokasi sebelum diseksa dengan tangan diikat dan mata ditutup dengan kain.
Rushdi menjelaskan tentera Israel menyentapdua anaknya yang berambut keperangan, Muhammad (4 tahun) dan Zayn (6 bulan) dari pelukan isterinya, Hadeel Al-Dahdouh yang berusia 22 tahun.
"Isteri saya juga dipukul, ditanggalkan tudungnya, kemudian diikat sebelum dibawa ke tempat lain yang tidak diketahui sehingga saat ini.
"Mereka mendakwa dua kanak-kanak kecil itu, berambut perang berkemungkinan adalah antara rakyat Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza.
"Tanpa pemeriksaan lanjut mereka terus merampas anak-anak saya," katanya kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Beliau berkata setiap kali serbuan tentera Israel, rakyat Gaza diperlakukan tanpa belas kasihan seperti dihentak kepala dengan bucu senapang, diheret dan ditendang tanpa mengira lelaki atau wanita di hadapan anak-anak.
"Mereka tidak menghiraukan anak-anak yang menangis ketakutan malah menyeksa ibu bapa, mereka juga dipaksa mendiamkan anak-anak yang menangis," katanya.
Nasib malang yang dihadapi Rushdi yang tidak mengetahui keadaan isteri dan dua anaknya, turut dikongsi oleh ramai lagi keluarga dan rakyat Palestin di Gaza yang sama kehilangan ramai ahli keluarga sejak 7 Okt tahun lalu.
Setakat ini, serangan dan pengeboman berterusan Israel di Semenanjung Gaza, terutamanya kawasan tengah dan selatan telah mengakibatkan kematian melebihi 23,000 orang dengan 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.
Beberapa akhbar Israel turut melaporkan bahawa seorang pegawai tentera Israel telah menculik seorang bayi perempuan dari sebuah rumah di Semenanjung Gaza selepas semua ahli keluarganya terkorban dalam pengeboman, tanpa mendedahkan tarikh kejadian itu.
Laporan itu mendedahkan selepas penculikan itu, pegawai tentera berkenaan telah terbunuh semasa pertempuran di Gaza, namun nasib dan lokasi bayi perempuan itu masih tidak diketahui.
Menurut seorang wanita Palestin yang enggan dikenali berkata tentera Israel telah menahan seorang remaja perempuan berambut perang yang dianggarkan berumur 12 tahun yang ketika itu bersama ibu bapanya dan cuba menculiknya.
Beliau berkata ibu bapa gadis itu cuba menghalang tentera daripada berbuat demikian dan beliau mendengar seorang daripada mereka berkata: "Mereka akan mengambil remaja itu dengan alasan dia adalah rakyat Israel yang telah ditahan" walhal gadis itu jelas berbangsa Arab dan sedang bersama keluarganya.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada 4 Jan, seramai 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus penduduk Gaza dianggarkan telah hilang tempat tinggal sejak 7 Okt.
Agensi itu berkata sekurang-kurangnya 60,000 pelarian mencari perlindungan di pusat perlindungan UNRWA terutama di kawasan tengah dan selatan Gaza dengan jumlah keseluruhan mencecah hampir 1.2 juta orang.
Pada masa sama, UNRWA juga menganggarkan terdapat 50,000 wanita hamil di Gaza dan lebih 180 wanita melahirkan anak setiap hari.
"Sebanyak 718 kes selepas bersalin dan berisiko tinggi telah dirawat di pusat kesihatan antara tempoh 30 Nov - 2 Dis. Di samping itu, penjagaan selepas bersalin diteruskan di pusat perlindungan dengan 1,322 kes telah ditangani sejak 7 Okt," kata agensi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, terutamanya kawasan tengah dan selatan telah mengakibatkan kematian melebihi 23,000 orang dengan 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita. - Gambar fail/AP
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Culik kanak-kanak satu lagi kekejaman Israel yang perlu dilalui keluarga Palestin di Gaza
Menculik kanak-kanak berambut keperangan atas alasan kononnya mereka warga Israel yang ditahan di Gaza adalah satu lagi taktik kejam tentera Zionis.
Jumlah rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000
Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.
Baitulmaqdis: Tentera Yahudi tembak mati 4 lagi penduduk Palestin
Tentera rejim Zionis telah menembak mati empat warga Palestin dan mencederakan 150 orang lagi dalam pertempuran dengan penduduk.