Skip to main content

Bisnes

Mitsubishi Power himpun industri permintaan tenaga

Mitsubishi Power, kelestaria
Mitsubishi Power melihat teknologi turbin gas kitaran gabungan berkecekapan tinggi atau Gas Turbine Combined Cycle (GTCC) sebagai antara penyelesaian praktikal yang mampu menyokong keselamatan tenaga dan agenda penyahkarbonan secara serentak. - Foto Mitsubishi Power

KUALA LUMPUR: Ketika permintaan elektrik global terus meningkat seiring usaha negara-negara mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih, keselamatan tenaga dan jaminan bekalan elektrik yang stabil kini menjadi antara cabaran paling kritikal yang perlu ditangani di rantau ini.

Menyedari keperluan tersebut, Mitsubishi Power menganjurkan program Energy Forward with Mitsubishi Power Malaysia sebagai platform yang menghimpunkan pembuat dasar, pemain industri dan pemimpin sektor tenaga untuk membincangkan penyelesaian praktikal ke arah masa depan tenaga yang lebih berdaya tahan dan mampan.

Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Power, Daichi Nakajima berkata, peningkatan mendadak permintaan elektrik di seluruh dunia memerlukan kerjasama lebih erat antara kerajaan, industri dan penyedia teknologi bagi memastikan keperluan tenaga masa depan dapat dipenuhi secara mampan.

“Kami di Mitsubishi Power percaya cabaran ini memerlukan penyelesaian yang praktikal serta kerjasama rapat antara pelbagai pihak berkepentingan.

Image
Mitsubishi Power, kelestarian
Program Energy Forward with Mitsubishi Power Malaysia menjadi wadah perbincangan yang menghimpunkan pembuat dasar, pemain industri dan pemimpin sektor tenaga untuk membincangkan penyelesaian praktikal ke arah masa depan tenaga lebih berdaya tahan dan mampan. - Foto Mitsubishi Power

“Sebagai penyedia penyelesaian teknologi, kami menganjurkan Energy Forward sebagai platform yang menghimpunkan kerajaan, industri dan pemimpin tenaga bagi membincangkan isu keselamatan tenaga serta peralihan tenaga,” katanya ketika berucap pada program berkenaan di Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Menurut beliau, isu keselamatan tenaga menjadi semakin penting ketika permintaan elektrik berkembang pada kadar yang lebih pantas daripada jangkaan, didorong oleh pertumbuhan ekonomi, aktiviti perindustrian serta perkembangan pesat sektor digital.

Daichi berkata Malaysia kini muncul sebagai antara pasaran utama bagi pusat data dan infrastruktur digital di Asia Tenggara, khususnya di Johor, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap bekalan tenaga yang boleh dipercayai dan berdaya tahan.

“Malaysia khususnya telah menjadi pasaran penting bagi pusat data dan infrastruktur digital, terutama di Johor.

“Malah, permintaan elektrik daripada pusat data sahaja dijangka mencecah 7.7 gigawatt menjelang 2030, sekali gus menggambarkan skala keperluan tenaga masa depan,” tambahnya.

Beliau berkata perkembangan tersebut menimbulkan persoalan penting mengenai bagaimana kapasiti penjanaan tenaga dapat ditingkatkan tanpa menjejaskan kebolehpercayaan bekalan elektrik serta pada masa sama mengurangkan pelepasan karbon.

Sehubungan itu, Mitsubishi Power melihat teknologi turbin gas kitaran gabungan berkecekapan tinggi atau Gas Turbine Combined Cycle (GTCC) sebagai antara penyelesaian praktikal yang mampu menyokong keselamatan tenaga dan agenda penyahkarbonan secara serentak.

Program Energy Forward with Mitsubishi Power Malaysia turut menampilkan perbincangan mengenai prospek tenaga serantau, penyelidikan dan pembangunan teknologi turbin gas serta keseimbangan campuran tenaga Malaysia dalam mendukung aspirasi peralihan tenaga negara.

Sebagai rakan jangka panjang dalam pembangunan sektor tenaga Malaysia selama lebih enam dekad, Mitsubishi Power menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pembangunan kapasiti penjanaan masa depan menerusi teknologi tenaga yang lebih cekap, fleksibel dan bersedia menghadapi keperluan ekonomi digital yang semakin berkembang.

Image
Mitsubishi Power, kelestarian
Program Energy Forward with Mitsubishi Power Malaysia turut menampilkan perbincangan mengenai prospek tenaga serantau, penyelidikan dan pembangunan teknologi turbin gas. - Foto Mitsubishi Power

Program tersebut turut menjadi platform perkongsian pandangan mengenai peranan teknologi, inovasi dan kerjasama rentas sektor dalam memastikan Malaysia mampu memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat sambil mengekalkan momentum peralihan ke arah sistem tenaga yang lebih lestari.

 

Must Watch Video

Advertisement