awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah 90kg ditemui dalam kereta yang ditinggalkan di Narathiwat

Bernama
Bernama
11/11/2019
11:58 MYT
Dadah 90kg ditemui dalam kereta yang ditinggalkan di Narathiwat
Menurut sumber polis Narathiwat, dadah itu ditemui selepas polis memeriksa kereta berkenaan pada kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan).
Polis Thailand menemui 90kg dadah jenis kristal metamfetamin bernilai sekitar 31.5 juta baht (sekitar RM4.4 juta) yang dipercayai cuba diseludup ke Malaysia dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di Sungai Golok, Narathiwat, selatan Thailand, pagi Ahad.
Menurut sumber polis Narathiwat, dadah itu ditemui selepas polis memeriksa kereta berkenaan pada kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan), disembunyikan dalam bungkusan-bungkusan daun teh, dengan tiap satu bungkusan memuatkan satu kilogram dadah berkenaan.
"Pada mulanya seorang lelaki dikesan memandu seorang diri, dan apabila tiba di tempat pemeriksaan polis, beliau tidak memberhentikan kereta, sebaliknya memecut laju, sebelum meninggalkan kereta berkenaan di Kampung Karnkeha, Pasemus, di daerah kecil Sugai Golok, Narathiwat.
"Dadah itu dipercayai cuba diseludup ke Malaysia. Siasatan mendapati kereta yang sama sering dilihat melintasi sempadan Thailand-Malaysia," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Menurut sumber polis sedang memburu tiga suspek, termasuk dua individu yang dipercayai membantu pemandu kereta berkenaan melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#metamfetamin
#Narathiwat
#PDRM
#polis thailand
#seludup ke malaysia
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan