awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daim, Zafrul, Zahid Hamidi antara disebut pendedahan Pandora Papers - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
07:08 MYT
Daim, Zafrul, Zahid Hamidi antara disebut pendedahan Pandora Papers - Laporan
Selain Tun Daim Zainuddin (kanan), Malaysiakini turut mendedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikaitkan dengan syarikat luar pesisir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarga antara individu yang didedahkan mempunyai akaun amanah luar pesisir dalam pendedahan terkini International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) yang turut disertai portal Malaysiakini.
Malaysiakini turut menerbitkan beberapa perincian berkenaan pendedahan itu.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Daim menjelaskan yang bukan semua akaun tersebut adalah miliknya dan urusniaganya berkenaan akaun yang didedahkan adalah sah.
Tambahnya, ia adalah sebahagian daripada pengurusan hartanya kerana telah bersara daripada perniagaan.
Menurut ICIJ dan Malaysiakini, pemilikan akaun luar pesisir atau syarikat didaftarkan di luar pesisir tidak menyalahi undang-undang.
Pemilik akaun atau akaun amanah tidak wajib mengisytihar akaun ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana semua dana dipindahkan ke luar negara seharusnya sudah dikenakan cukai.
Namun, ada beberapa insiden di mana pemilikan syarikat luar pesisir dikaitkan dengan pengelakan cukai.
Ada juga yang ingin kekalkan kerahsiaan atas sebab-sebab tersendiri.
Sementara itu, laporan Malaysiakini turut mendedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikaitkan dengan syarikat luar pesisir.
Namun syarikat tersebut telah ditamatkan atas pelbagai sebab.
Nama lain yang disebut di dalam laporan Malaysiakini ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Daim Zainuddin
#Pandora Papers
#akaun luar pesisir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan