awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia

Bernama
Bernama
09/08/2024
05:50 MYT
Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia
Serangan dron baru-baru ini di Lipetsk, sebuah bandar yang terletak kira-kira 370 kilometer di selatan Moscow, mencetuskan letupan besar yang melibatkan struktur awam. - Foto Google Maps
MOSCOW: Darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk di Rusia pada Jumaat susulan ledakan bahan letupan yang berlaku selepas serangan dron Ukraine, lapor Xinhua.
Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan melalui saluran Telegramnya bagi memastikan keselamatan awam.
"Bagi mengurangkan kesan ledakan bahan letupan, keadaan darurat diisytihar di daerah perbandaran Lipetsk.
"Demi memastikan keselamatan penduduk, keputusan telah dibuat untuk memindahkan kawasan penempatan Koptsevy Khutor, Fedorovka, Yakovlevka dan Tynkovka," kata Artamonov.
Serangan dron baru-baru ini di Lipetsk, sebuah bandar yang terletak kira-kira 370 kilometer di selatan Moscow, mencetuskan letupan besar yang melibatkan struktur awam.
Serpihan daripada serangan dron Ukraine menyebabkan kerosakan pada kemudahan infrastruktur tenaga, mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di wilayah itu.
Artamonov menyeru penduduk untuk mematuhi arahan anggota perkhidmatan kecemasan semasa proses pemindahan.
"Penginapan sementara dan pengangkutan disediakan untuk membantu mereka yang terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#darurat
#Rusia
#letupan
#serangan dron ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan