awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar Peru diculik dan dibunuh

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2015
03:55 MYT
Datuk Bandar Peru diculik dan dibunuh
Datuk Bandar Cusco, di wilayah selatan Peru diculik pada Isnin dan ditemui mati dibunuh oleh pihak yang tidak dikenalpasti.
Pihak berkuasa pada Selasa mengumumkan Datuk Bandar Cusco, di wilayah selatan Andrea dibunuh oleh pihak yang tidak dikenalpasti.
Ronald Nunez Valdez ditemui mati dengan kesan tembakan dalam sebuah trak rasmi majlis pembandaran.
Siasatan awal yang dikendali pihak polis serta pejabat pendakwa raya mendapati Datuk Bandar dibunuh sekitar jam 3 pagi pada waktu tempatan.
Motif disebalik pembunuhan masih belum dikenalpasti namun mayat pemandu Datuk Bandar kemudiannya ditemui berdekatan kawasan kejiranan Cc'allanca.
Valdez dilaporkan hilang sejak diculik pada petang Isnin lalu. Beliau kali terakhir dilihat bersama tiga pekerja kerajaan perbandaran Paruro, yang kemudiannya turut dipukul dan digari oleh para penyerang, menurut akhbar Peru La Prensa.
Satu pasukan siasatan khas telah dihantar dari Cusco kepada Paruro untuk menyiasat pembunuhan itu. Valdez adalah Datuk Bandar kedua di kawasan selatan Peru yang dibunuh dalam tahun ini.
Pada bulan Mac, Alberto Roque Cconislla, Datuk Bandar Mara di wilayah Cotabambas, telah dibunuh semasa memandu pulang ke rumah.
Jenayah politik di Peru sering dikaitkan dengan pertelingkahan politik dan rasuah. Baru-baru ini, terdapat kes di mana pihak berkuasa wilayah turut menjadi mangsa peras ugut oleh kumpulan-kumpulan jenayah.
Topic Berkaitan
#Andrea
#culik
#Cusco
#Datuk Bandar
#Paruro
#Peru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan