awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Harris-Trump tarik lebih 67 juta penonton -- Perkhidmatan penilaian TV Nielsen

Bernama
Bernama
12/09/2024
13:55 MYT
Debat Harris-Trump tarik lebih 67 juta penonton -- Perkhidmatan penilaian TV Nielsen
Debat presiden antara Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump yang dihoskan oleh ABC News dianggarkan menarik lebih 67 juta penonton. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Debat presiden antara Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump yang dihoskan oleh ABC News dianggarkan menarik lebih 67 juta penonton, menurut perkhidmatan penilaian televisyen Nielsen.
Jumlah tontonan pada Selasa itu lebih tinggi daripada 51.3 juta yang menyaksikan debat pada 29 Jun yang dihoskan CNN antara Trump dari parti Republikan dan Presiden semasa Joe Biden.
Biden pada ketika itu adalah calon utama Parti Demokrat sebelum beliau menarik diri bagi membolehkan Harris menggantikannya, lapor Sputnik.
Nielsen dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa jumlah tontonan adalah daripada keseluruhan penonton yang menyaksikan debat menerusi 17 rangkaian yang menyiarkannya.
Selain ABC, rangkaian lain yang menyiarkan debat pada Selasa itu termasuk CNN, CNNe, CBS, FOX, NBC, Merit Street, Scripps News, Telemundo, Univision, BET, FOX News Channel, FOX Business, MSNBC, Newsmax, NewsNation, dan PBS.
Anggaran penonton termasuk tontonan di luar rumah bagi semua rangkaian yang dilaporkan kecuali Merit Street, Newsmax, NewsNation, PBS, dan Scripps News, yang tidak termasuk tontonan di luar rumah.
Debat presiden yang menarik jumlah tontonan terbesar dalam sejarah adalah pada 2016 antara Trump dan pesaingnya dari Demokrat ketika itu, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, dengan rekod 84 juta penonton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Debat Harris-Trump
#Presiden Amerika Syarikat
#penonton
#perkhidmatan penilaian televisyen Nielsen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan