awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debu Sahara selubungi Puerto Rico, langit bertukar suram

Agensi
Agensi
03/06/2025
23:20 MYT
Debu Sahara selubungi Puerto Rico, langit bertukar suram
Lapisan tebal debu Sahara menyelubungi Puerto Rico sejak Isnin lalu menyebabkan langit menjadi suram dan mengurangkan jarak penglihatan di sekitar San Juan serta kawasan sekitarnya. - Gambar AP
SAN JUAN: Lapisan tebal debu Sahara menyelubungi Puerto Rico sejak Isnin lalu menyebabkan langit menjadi suram dan mengurangkan jarak penglihatan di sekitar San Juan serta kawasan sekitarnya.
Rakaman dron menunjukkan kawasan bersejarah Old San Juan dan kawasan pergunungan di pulau itu diselubungi kabus kelabu.
Manakala bot-bot di sepanjang pantai kelihatan bergerak perlahan dalam suasana berjerebu kesan daripada debu yang dibawa angin dari Gurun Sahara di Afrika Utara merentasi Lautan Atlantik.
Bendera Puerto Rico kelihatan berkibar di tengah-tengah latar langit yang kelam, mencerminkan keadaan cuaca luar biasa yang melanda pulau tersebut.
Sementara itu, imej satelit menunjukkan rakaman masa nyata selama enam hari dari 28 Mei hingga 2 Jun memaparkan pergerakan debu Sahara merentasi Lautan Atlantik.
Menurut ramalan cuaca, awan debu Sahara itu dijangka terus bergerak ke arah barat merentasi Caribbean dan berkemungkinan sampai ke beberapa bahagian Florida dalam tempoh seminggu,
Selain membawa langit berjerebu, ia turut berpotensi menjejaskan kualiti udara. - Agensi
Topic Berkaitan
#debu Sahara
#Puerto Rico
#kabus kelabu
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan