awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delegasi Korea Selatan akan bertolak ke Pyongyang

Agensi
Agensi
05/03/2018
04:03 MYT
Delegasi Korea Selatan akan bertolak ke Pyongyang
Jurucakap pejabat Presiden Korea Selatan Yoon Young-chan berkata seramai 10 anggota delegasi kerajaan akan melawat Korea Utara minggu ini untuk mengadakan perbincangan mengenai keselamatan dan keamanan di Semenanjung Korea. Foto - AP
Delegasi Korea Selatan yang diketuai oleh pegawai kanan keselamatan akan bertolak ke Korea Utara pada Isnin petang, menurut kenyataan daripada pejabat Presiden Korea Selatan.
“Delegasi ke Korea Utara itu adalah bertujuan membawa Pyongyang dan Washington dalam perbincangan meja bulat mengenai hubungan antara Seoul dan Pyongyang.
“Fokus delegasi itu juga bertujuan membincangkan syarat-syarat yang ingin diletakkan untuk perbincangan antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai denuklearisasi di Semenanjung Korea,” jelas dalam kenyataan itu.
Jurucakap Presiden Korea Selatan, Yoon Young Chan menjelaskan seramai 10 ahli delegasi yang diketuai oleh Chung Eui Yong akan berlepas dari Pangkalan Udara Seoul di bandar Seongnam sekitar pukul 5 petang.
“Selepas itu, delegasi terbabit akan pergi ke AS untuk memberi nasihat mengenai hasil perbincangan yang telah dilakukan dalam lawatan tersebut,” katanya.
Eui Yong dijangka memberikan taklimat kepada kumpulan delegasi sebelum berlepas ke Korea Utara pada sekitar pukul 2.30 petang nanti.
Ketua Perkhimatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Suh Hoon, Timbalan Pengarah NIS, Kim Sang-gyun, Timbalan Pengarah Rumah Biru, Yun Gyeong-young dan Timbalan Menteri Penyatuan Chun Hae-sung juga turut serta dalam delegasi itu.
Topic Berkaitan
#delegasi
#denuklearisasi
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Pyongyang
#Seoul
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan