Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu berikrar bahawa demokrasi tidak akan terjejas di Turki biarpun beliau mengisytiharkan darurat selama tiga bulan.

"Kami tidak pernah berkompromi mengenai demokrasi," kata Erdogan dalam sidang media di Ankara.

Erdogan menjelaskan langkah itu sejajar dengan Perlembagaan Turki dan tidak menyalahi sebarang peraturan undang-undang dan asas kebebasan rakyat Turki.

Perintah darurat yang dikuatkuasakan selepas diwartakan secara rasmi akan membolehkan Presiden dan Kabinet melangkaui Parlimen untuk meluluskan undang-undang baharu selain mengehadkan atau menggantung hak dan kebebasan sekiranya perlu.

BACA: Rangkuman laporan rampasan kuasa Turki

BACA: Rampasan kuasa Turki: Ugut diekstradisi, Gulen tempelak Erdogan

BACA: Lebih 6 ribu ditahan susulan rampasan kuasa di Turki


GALERI FOTO: Tentera Turki lancar rampasan kuasa

Turki

Erdogan membuat pengumuman itu dalam siaran langsung televisyen di hadapan barisan menteri Kabinetnya selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang berlarutan selama lima jam