Wahai perokok-perokok tegar terutamanya dari Malaysia, jika anda berkunjung ke Orchard Road, Singapura, sila ambil peringatan bahawa merokok di kawasan yang terkenal dengan membeli-belah itu tidak lagi dibenarkan mulai 1 April ini.
Sebelum ini, sepanjang Orchard Road telah ditetapkan sebagai Zon Bebas Merokok dari 1 Januari lalu kecuali kira-kira 50 kawasan merokok atau kotak kuning di mana individu boleh merokok.
Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan menjelaskan, pengharaman itu dibuat selepas tamat tiga bulan di mana perokok sebelum ini dibebaskan dengan amaran.
Mereka yang merokok di luar kawasan merokok yang ditetapkan akan didenda S$200 (RM600) atau denda oleh mahkamah sehingga S$1,000 (RM3,000).
Jelas kenyataan itu, NEA mengeluarkan purata 1,900 nasihat sehari pada minggu pertama Januari apabila Zon Larangan Merokok diperkenalkan.
"Namun, ia berkurangan lebih daripada 70 peratus kepada purata 550 nasihat harian pada pertengahan Mac 2019.
"Pegawai-pegawai penguatkuasa NEA mula mengeluarkan amaran bertulis dan bukan nasihat lisan kepada perokok bermula 18 Mac lepas dan sejak itu, jumlah nasihat telah menurun kepada 87 sehari," jelas kenyataan itu lagi.
Tambah kenyataan itu, NEA juga telah berhubung dengan pengurusan bangunan yang terletak di Zon Bebas Merokok untuk mengingatkan kepada hal penguatkuasaan.
"NEA meminta bantuan mereka dalam melaksanakan langkah-langkah seperti menggantikan tong sampah yang mempunyai tempat untuk meletakkan puntung rokok dan meminta perokok berhenti merokok di dalam premis mereka.
"Usaha mengingatkan masyarakat juga dibuat termasuk melalui iklan di stesen MRT terpilih, poster dan risalah," jelas kenyataan itu lagi.
NEA berkata, mereka akan terus berusaha meningkatkan kesedaran Zon Bebas Merokok di Orchard Road.
"Orang ramai boleh melihat pelekat lantai di lokasi terpilih di sepanjang laluan pejalan kaki utama di Zon Bebas Merokok.
"Poster elektronik juga akan dipaparkan di kawasan tuntutan bagasi di terminal Lapangan Terbang Changi, risalah akan disediakan di rak-rak maklumat pelancong di dewan ketibaan Lapangan Terbang Changi selain iklan di stesen MRT Lapangan Terbang Changi Airport.
"Bahan-bahan maklumat dan mengenai Zon Bebas Merokok juga akan ditempatkan di kedai-kedai yang menjual produk tembakau di seluruh negara," jelas kenyataan itu.
Astro Awani
Fri Mar 29 2019

NEA telah berhubung dengan pengurusan bangunan yang terletak di Zon Bebas Merokok untuk mengingatkan kepada hal penguatkuasaan. - Gambar BERNAMA

Aubameyang bukan jenis pemain bawa pengaruh buruk, kata Tuchel
The Blues telah dikaitkan dengan perpindahan Aubameyang selepas Tuchel mengakui bahawa mereka sedia mempertimbangkan pemain baru.

Masih berdegil, 15 dikompaun RM1,000 buang sampah haram - Datuk Bandar
Datuk Bandar berkata pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu, dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

KDNK | Pertumbuhan KDNK suku kedua Malaysia 8.9 peratus
Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan KWSP Dr Afzanizam Rashid menjelaskan, ini menunjukkan dasar-dasar kerajaan sebelum ini memberi kesan yang diharapkan rakyat setelah kegiataan ekonomi dibuka dengan baik serta pembukaan sempadan negara yang disokong oleh pasaran buruh yang semakin baik. Angka perbelanjaan pengguna juga dilihat melonjak kepada 18.3 peratus, memberi gambaran ekonomi domestik berada didalam keadaan yang baik.

Pergaduhan Kartel | 11 maut termasuk orang awam
Seramai 11 orang maut, termasuk orang awam dalam kejadian rusuhan kartel yang bermula di dalam penjara sebelum merebak ke jalan-jalan di Ciudad Juarez, Mexico City pada Jumaat. Menurut Timbalan Setiausaha Keselamatan Kerajaan, Ricardo Mejia Berdeja, keganasan tercetus di dalam penjara negeri apabila ahli kartel dadah Mexicles menyerang ahli Chapos pada tengahari.

Ribut | Peruntukan RM1 juta baiki kerosakan rumah
Seramai 93 mangsa daripada 22 keluarga insiden ribut di rumah pangsa ros merah di Taman Johor Jaya di pindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Dalam masa sama, kerajaan Johor akan berusaha mendapatkan bantuan membaik pulih segera yang dianggarkan melibatkan kos RM1 juta.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

Dari pondok kayu ke Rumah Rakyat Pahang
Mohd Sabree melahirkan rasa syukur menerima rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Pahang di Kampung Temai Hilir.

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

Dua kilang proses ikan didenda RM10,000 sebabkan pencemaran bau - JAS P.Pinang
Dua buah kilang memproses ikan di Limbungan Chain Ferry, Butterworth di kompaun masing-masing RM4,000 dan RM6,000 selepas didapati gagal menguruskan buangan terjadual hingga berlaku pencemaran bau.

Dipenjara setahun, denda RM50,000 miliki 1,769 biji telur penyu
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 terhadap seorang lelaki warga Filipina atas kesalahan memiliki 1,769 biji telur penyu hijau tanpa izin.

Pembekal berdepan denda RM1 juta, simpan minyak masak lebihi had
Polis telah merampas 12 tan (12,156 kilogram) minyak masak lebih had yang dibenarkan dianggarkan bernilai RM48,800.

Sogok polis RM200,000: Peniaga makanan didenda RM100,000
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zaed Asan selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

73 laporan palsu babitkan kes hilang kad pengenalan diterima di Gombak - Polis
Pengadu mendakwa mereka disamun atau diragut bagi mengelak daripada didenda Jabatan Pendaftaran Negara.

Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut tembak, rogol di TikTok
Gara-gara memuat naik video ugutan untuk menembak dan merogol ahli keluarga rakan senegaranya menerusi aplikasi Tik Tok, seorang tukang cat warga Pakistan didenda RM4,000 atau dipenjara dua bulan.

Individu tidak hormat bahasa kebangsaan berdepan denda maksimum RM50,000, penjara
Individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.

Ibu bapa akan didenda jika anak tidak datang ke sekolah
Kerajaan turut mencadangkan supaya daftar murid disimpan secara elektronik.

Memandu dalam keadaan mabuk, 3 lelaki dipenjara sehari, denda hingga RM15,000
Padah memandu dalam keadaan mabuk, tiga lelaki dihukum penjara sehari dan denda antara RM10,000 hingga RM15,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.