awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kawalan lebih mudah jika vape diharamkan sekarang - MCTC
MALAYSIA
KPDN Kelantan serbu restoran guna logo halal tidak sah
MALAYSIA
Dua warga Vietnam edar, miliki dadah berdepan hukuman gantung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

DGCA India dedah kelemahan keselamatan di lapangan terbang utama

Bernama
Bernama
26/06/2025
00:45 MYT
Sponsor Banner
DGCA India dedah kelemahan keselamatan di lapangan terbang utama
Sebuah pesawat Airbus A321 milik Air India berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India, 17 Jun 2025. - Gambar hiasan/REUTERS
NEW DELHI: Badan pemerhati penerbangan awam India, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA), mendapati beberapa kelemahan dalam pemantauan yang dilakukan di lapangan terbang utama termasuk Delhi dan Mumbai, kata pegawai pada Rabu, lapor Xinhua.
Kelemahan itu termasuk kejadian kecacatan yang pernah dilaporkan sebelum ini pada pesawat muncul semula dan kegagalan mematuhi arahan kerja yang betul, tambah mereka.
Penilaian ini dibuat susulan nahas pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, negeri Gujarat di barat India, mengorbankan semua kecuali seorang daripada 242 penumpang di dalam pesawat.
Kementerian berkata pemantauan itu meliputi pelbagai bidang kritikal seperti operasi penerbangan, kelayakan udara, keselamatan kawasan pesawat, kawalan trafik udara, sistem komunikasi, navigasi dan pengawasan, serta penilaian perubatan prapenerbangan.
Semasa pemantauan itu, pihak berkuasa mendapati arahan kerja tidak dipatuhi dalam penyelenggaraan pesawat. Sebuah simulator juga didapati tidak sepadan dengan konfigurasi pesawat sebenar.
Selain itu, satu penerbangan domestik oleh syarikat penerbangan berjadual terpaksa dibatalkan kerana tayar pesawat yang haus, dan ia hanya dilepaskan selepas pembetulan dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang
#India
#kelemahan
#DGCA
#nahas Air India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami