awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran tolak tuntutan penyerahan AS, Israel dakwa lancar serangan dengan "kekuatan dahsyat"
MALAYSIA
Didakwa tidak hormat privasi, menteri turunkan gambar ziarah Abdul Hadi
DUNIA
Iran dan Israel lancar serangan baharu, Trump timbang penglibatan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

DHL gantung penghantaran bernilai tinggi kepada pelanggan AS susulan peraturan tarif Trump

Bernama
Bernama
21/04/2025
02:30 MYT
DHL gantung penghantaran bernilai tinggi kepada pelanggan AS susulan peraturan tarif Trump
Bagi menguruskan beban dokumentasi tambahan, DHL memutuskan untuk menggantung penghantaran yang melebihi had US$800 kepada individu di AS mulai Isnin. - Foto DHL
ISTANBUL: Syarikat kurier antarabangsa DHL menggantung penghantaran bungkusan bernilai melebihi US$800 kepada pelanggan persendirian di Amerika Syarikat (AS), susulan peraturan kastam baharu yang diperkenalkan di bawah dasar tarif Presiden Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi.
Firma logistik global itu memaklumkan bahawa perubahan terkini dalam peraturan kastam AS, yang kini mewajibkan pemprosesan kemasukan secara rasmi bagi penghantaran melebihi US$800, telah meningkatkan kerenah birokrasi dengan ketara dan menyebabkan kelewatan penghantaran selama beberapa hari.
Bagi menguruskan beban dokumentasi tambahan, DHL memutuskan untuk menggantung penghantaran yang melebihi had US$800 kepada individu di AS mulai Isnin, "sehingga diberitahu kelak."
Bagaimanapun, penghantaran antara perniagaan (business-to-business) yang melebihi nilai US$800 akan tetap diteruskan, namun berkemungkinan mengalami kelewatan, tambah syarikat itu.
Perubahan peraturan yang digubal oleh pentadbiran Trump dan dikuat kuasa pada 5 April lalu menurunkan ambang nilai untuk kemasukan bungkusan dengan dokumentasi minimum daripada US$2,500 kepada US$800.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DHL
#tarif AS
#penghantaran bernilai tinggi
#DHL gantung penghantaran
#kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami