awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di mana mayat 'pengganas'? - soal penduduk Pakistan kepada India

Agensi
Agensi
01/03/2019
03:59 MYT
Di mana mayat 'pengganas'? -  soal penduduk Pakistan kepada India
Penduduk melaungkan slogan ketika mengadakan protes menentang apa yang disifatkan mereka pencerobohan ruang udara oleh pesawat tentera India di Peshawar, Pakistan, 26 Feb, 2019. REUTERS
Hanya terdapat satu mangsa yang disahkan terlibat dalam serangan hendap tentera India di kawasan sempadan bergolak Kashmir.
Langkah ketenteraan India itu didakwa bertujuan menghapuskan ‘pengganas’, namun individu yang terkena tembakan itu hanya orang biasa, penduduk kampung yang jelas ketakutan dengan tindakan India.
“Mereka kata mahu menyasarkan pengganas. Adakah anda lihat pengganas di sini?” soal Nooran Shah, penduduk Kampung Jaba, Timur Laut Balakot, yang tercedera dalam serangan itu.
“Kami yang mendiami kawasan ini. Adakah kami pengganas?” soalnya.
BACA: Video juruterbang India puji tentera Pakistan tular
India pada Selasa berkata serangan itu memusnahkan kem latihan utama Jaish-e Mohammad, yang didakwa bertanggungjawab dalam serangan 14 Februari di wilayah yang dikawal India di Kashmir, mengorbankan 40 separa tentera.
Namun setakat ini, tiada bukti mayat pengganas seperti didakwa India, ditunjukkan.
Setiausaha Luar India Vijay Gokhale bagaimanapun berkata, serangan itu berjaya membunuh sejumlah besar ahli Jaish-e-Mohammad.
Malah, pegawai tertinggi kerajaan India berkata, sejumlah 300 orang didakwa pengganas berjaya dibunuh.
Bagaimanapun, Pakistan menafikan dakwaan tersebut dan berkata serangan India hanya terkena kawasan pinggir bukit yang tidak berpenghuni.
Penduduk Kampung Jaba turut menunjukkan empat kesan bedilan tentera India yang dilakukan pada jam 3 pagi Ahad.
“Kami amat terkejut dengan serangan itu. Tiada kematian di kawasan ini, hanya beberapa batang pokok tumbang,” kata salah seorang penduduk.
Topic Berkaitan
#India
#India serang Pakistan
#Jaish-e-Mohammad
#konflik dua kuasa nuklear
#konflik India Pakistan
#Pakistan
#Pakistan serang balas
#Perang nuklear
#Say no to war
#serangan penganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan