Seorang wanita yang melanggar dan membunuh seorang remaja dalam satu nahas jalan raya hampir dua tahun lalu memfailkan saman ke atas mangsa kerana dia mengalami tekanan perasaan.
"Saya rasa macam kena main. Saya naik angin. Ini buat darah saya naik," kata bapa remaja itu, Derek Majewski seperti dipetik oleh The Toronto Sun.
Dalam nahas pada pukul 1.30 pagi pada 28 Oktober 2012 itu, Brandon Majewski, 17, sedang berbasikal bersama dua rakannya apabila dia dilanggar oleh sebuah kenderaan SUV.
Pemandu kereta itu, Sharlene Simon, 42, kini menyaman mendiang Brandon atas tekanan perasaan yang dia alami sejak kemalangan tersebut. Dia juga menyaman dua remaja lain yang terlibat serta semua anggota keluarga Brandon termasuk abangnya yang sudah meninggal dunia.
Enam bulan selepas kemalangan itu, abang Brandon, 23, meninggal dunia selepas dikatakan terlalu murung sejak kematian adiknya.
Peguam keluarga itu, Brian Cameron menyifatkan tindakan saman tersebut sesuatu yang ganjil dan melampau.
“Selama saya jadi peguam, saya belum pernah lihat ada orang menyaman mangsa yang mereka langgar mati," katanya.
Ibu Brandon pula sangat kecewa, marah dan terkejut dengan tindakan saman itu.
"Dia bunuh anak saya dan sekarang dia nak kaut untung. Dia kata dia menderita? Beritahu dia supaya tengok apa yang ada dalam kepala saya. Dia akan nampak penderitaan. Dia akan nampak panik. Dia akan nampak mimpi ngeri," kata Venetta Mlynczyk.
Simon menuntut ganti rugi sebanyak 1.35 juta dolar Kanada (lebih kurang RM4 juta) bagi "kecederaan serius dan kekal" kepada fizikal, mental dan psikologinya ekoran nahas itu.
Dia juga mendakwa mangsa langgar mati itu cuai dan tidak tahu menunggang basikal kerana tidak menggunakan brek dengan betul.
Simon juga menamakan pihak berkuasa tempatan dalam tindakan samannya itu atas kegagalan menyelenggara jalan raya terlibat.
Menurut polis, Simon mengaku memandu pada kelajuan 90 kilometer sejam di kawasan had laju 80 kilometer sejam. Dia mendakwa tidak nampak tiga remaja berkenaan sebelum kenderaannya merempuh Brandon.
Nahas itu mengakibatkan cermin hadapan keretanya retak, bampar kemek dan lampu depan pecah. Bumbung kereta itu juga kemek dan calar manakalan cermin sisi tercabut.
Brandon meninggal dunia di hospital akibat pelbagai kecederaan.
Seorang remaja yang bersamanya cedera parah termasuk patah tulang pinggul manakala seorang lagi tercampak dan hanya mengalami calar ringan.
Peguam keluarga Brandon memfailkan saman ganti rugi kemalangan yang biasa dengan mendakwa Simon memandu laju dan mungkin pada ketika itu sedang mabuk atau menggunakan telefon genggam.
Kes itu belum didengar oleh mahkamah.
Agensi
Sun Apr 27 2014
Brandon Majewski - Foto Facebook
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
"Dia bunuh anak saya sekarang dia nak saman saya?"
Seorang wanita yang melanggar dan membunuh seorang remaja dalam satu nahas jalan raya hampir dua tahun lalu memfailkan saman ke atas mangsa kerana dia mengalami tekanan perasaan.