awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diaspora Indonesia anjur 'long march' tanda solidariti di New York, Melbourne

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2025
09:30 MYT
Diaspora Indonesia anjur 'long march' tanda solidariti di New York, Melbourne
Tuntutan utama peserta termasuk reformasi institusi kepolisan, pengesahan rang undang-undang baharu, dan penambahbaikan sektor pendidikan. -Foto X
JAKARTA: Ratusan warga negara Indonesia yang menetap di luar negara mengadakan aksi solidariti di New York, Amerika Syarikat dan Melbourne, Australia bagi menyatakan sokongan terhadap gelombang demonstrasi yang sedang berlangsung di tanah air sejak 25 Ogos lalu.

Ringkasan AI
  • Ratusan warga Indonesia di luar negara adakan aksi solidariti di New York dan Melbourne sokong demonstrasi di tanah air sejak 25 Ogos.
  • Peserta memakai pakaian simbolik dan serah tuntutan kepada wakil diplomatik, seru keadilan dan reformasi secara damai.
  • Aksi ini cerminkan keprihatinan global terhadap hak asasi dan demokrasi di Indonesia serta sokongan terhadap tuntutan rakyat.

Di New York, aksi long march bermula dari Central Park menuju Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) pada Isnin (1 Sept), dengan para peserta mengenakan pakaian serba hitam sebagai simbol duka di atas kematian 10 individu dalam demonstrasi di Indonesia minggu ini.
Menurut hantaran media sosial @logos_id, para peserta turut mengadakan sesi doa bersama dan menyerahkan tuntutan rakyat secara simbolik kepada Konsul Jenderal Winanto Adi, yang berjanji akan menyampaikan dokumen tersebut kepada Menteri Luar Negeri Sugiono.
New York City NOW Hundreds of the Indonesian diaspora are marching from Central Park to KJRI New York City to commemorate the loss of 10 friends during this week's protest. pic.twitter.com/A4hmsmbpzm
— Logos ID (@logos_id) September 1, 2025
Sementara itu, di Melbourne, aksi serupa berlangsung di Federation Square pada Selasa (2 Sept) jam 4.30 petang waktu tempatan.
Diaspora Indonesia di sana mengenakan pakaian berwarna merah jambu, sebagai penghormatan kepada seorang ibu berhijab merah jambu yang tular kerana berani menghadang pihak berkuasa semasa demonstrasi di Indonesia.
Akun @MelBergerak menyeru peserta untuk hadir dengan semangat damai dan solidariti, sambil membawa mesej keadilan dan reformasi.
Gelombang demonstrasi di Indonesia tercetus susulan isu kenaikan cukai, ketidakpuasan terhadap gaya hidup mewah wakil rakyat, serta insiden kematian seorang penghantar makanan yang dilanggar kenderaan polis semasa protes di Jakarta.
Tuntutan utama peserta termasuk reformasi institusi kepolisan, pengesahan rang undang-undang baharu, dan penambahbaikan sektor pendidikan.
Aksi solidariti oleh diaspora ini dilihat sebagai cerminan keprihatinan global terhadap situasi hak asasi dan demokrasi di Indonesia, serta dorongan agar suara rakyat didengar secara adil dan terbuka.
Topic Berkaitan
#diaspora Indonesia
#aksi solidariti
#New York dan Melbourne
#sokong demonstrasi
#long march
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan