awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa guna buruh paksa: AS sekat 11 syarikat China

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2020
03:26 MYT
Didakwa guna buruh paksa: AS sekat 11 syarikat China
Pada Mei, Beijing mengkritik keras keputusan AS mengenakan sekatan ke atas syarikat dari China, menyifatkannya sebagai mencampuri urusan dalaman negara itu. - Gambar hiasan
JABATAN Perdagangan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan ke atas 11 syarikat China yang didakwa terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang.
Menurut laporan Reuters, syarikat tersebut disenarai hitam kerana didakwa terlibat dalam penggunaan buruh paksa dalam kalangan etnik Uighur dan etnik minoriti lain.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan tidak boleh membeli komponen daripada syarikat AS tanpa kelulusan Washington DC.
Ini adalah tambahan kepada 37 syarikat China yang disenarai hitam pentabiran Trump sebelum ini.
Pada Mei, Beijing mengkritik keras keputusan AS mengenakan sekatan ke atas syarikat dari China, menyifatkannya sebagai mencampuri urusan dalaman negara itu dan satu salah guna kuasa sekatan eksport.
Antara syarikat yang terlibat dalam sekatan ini termasuk KTK Group yang membina komponen untuk tren kelajuan tinggi dan Changji Esquel Textile yang dimiliki Esquel Group.
Esquel Group dilaporkan Reuters mengeluarkan pakaian untuk Ralph Lauren, Tommy Hilfiger dan Hugo Boss.
Kebanyakkan syarikat ini menafikan dakwaan ia melanggar hak asasi manusia dan mendakwa tidak menggunakan buruh paksa dari Xinjiang.
Topic Berkaitan
#AS
#buruh paksa
#China
#etnik minoriti
#hak asasi manusia
#pelanggaran
#salah guna kuasa
#sekatan
#senarai hitam
#syarikat
#Uighur
#Washington
#Xinjiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan