APLIKASI telefon pintar yang popular dalam kalangan umat Islam seluruh dunia, Muslim Pro didakwa menjual data penggunanya kepada pihak ketiga sebelum dibeli oleh tentera Amerika Syarikat (AS).
Portal Vice Media, Motherboard melaporkan, aplikasi itu didakwa adalah antara ratusan aplikasi lain yang mengumpul data lokasi penggunanya untuk dijual kepada pihak ketiga.
Dalam laporan berkenaan, Muslim Pro didakwa menjual data berkenaan kepada sebuah syarikat lain yang kemudian berunding dengan kontraktor pertahanan untuk menyampaikan data kepada Jabatan Pertahanan AS.
Syarikat terbabit dilaporkan memberitahu, fokus rundingannya dengan kontraktor pertahanan adalah tertumpu kepada aktiviti antikeganasan, keselamatan siber serta menentukan kawasan panas COVID-19.
Sementara itu, Business Insider, melaporkan susulan laporan berkenaan, pembangun aplikasi Muslim Pro memutuskan hubungan dengan syarikat terbabit serta rakan kongsi data yang lain.
Dalam pada itu, The Straits Times Singapore melaporkan, Muslim Pro menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan tidak pernah menjual data penggunanya.
“Perkara ini tidak benar sama sekali. Muslim Pro menghormati dan mengutamakan keselamatan data penggunanya,” kata Ketua Komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary.
Tambah Zahariah, mereka sudah melancarkan siasatan mengenai isu itu di peringkat antarabangsa selain meneliti polisi data bagi memastikan keselamatan data penggunanya terjamin.
Muslim Pro merupakan aplikasi yang membantu penggunanya menentukan arah kiblat, selain mengingatkan waktu solat dan menyediakan ayat al-Quran secara dalam talian.
Aplikasi tersebut dibangunkan pada 2010 oleh syarikat Bitsmedia, sebuah syarikat pembangunan aplikasi berpangkalan di Singapura.
Sehingga kini, Muslim Pro dimuat turun lebih 98 juta pengguna di seluruh dunia termasuk kira-kira 12 juta pengguna aktif di Malaysia.
Saraya Mia
Tue Nov 17 2020

Muslim Pro didakwa menjual data berkenaan kepada sebuah syarikat lain yang kemudian berunding dengan kontraktor pertahanan. -Gambar fail

'Trend kepimpinan akan berubah, pertukaran generasi perlu dibuat secara tersusun'
Peralihan itu akan mengubah semua prinsip berkaitan jenama, impak dan masyarakat.

Kes George Floyd | Keluarga gembira keadilan ditegakkan untuk Floyd
Dalam perkembangan sama, ahli keluarga George Floyd, menyambut keputusan juri itu dengan penuh kegembiraan sambil mengakui kebenaran akhirnya berpihak kepada mereka.

Seorang maut, empat cedera; kereta bertembung treler
Insiden dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Kes George Floyd | Peguam Negara puji saksi
Peguam Negara Minnesota, Keith Ellison memuji tindakan orang ramai yang merakam detik-detik akhir kematian George Floyd dan menjadi saksi perbicaraan kes kontroversi itu. Katanya, ia menjadi bahan bukti penting sehingga membawa kepada keadilan ditegakkan di mana bekas pegawai polis, Derek Chauvin disabitkan kesalahan membunuh Floyd.

Panggilan Video | Gema selamatkan anatara sekolah tertua di Malaysia
Susulan keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN). Salah sebuah sekolah tertua yang ada di Malaysia. Ramai meluahkan rasa sedih dan tidak kurang juga tidak puas hati dengan keputusan itu. Bagi berkongsi lebih lanjut mengenai perkara ini, bersedia secara Google Meet, Junaidah Ishak dan beliau ialah Timbalan Presiden Alumni CBN.

Niaga AWANI: Apple Event | Peranti baru Apple dan trend penggunaan peranti
Dan kita bersama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Terato Tech dan Slurp! Reza Razali untuk membincangkan berkenaan pelancaran terkini Apple ini.

Niaga AWANI: Vaksin COVID-19 | Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin
Wujud vaksin imperialisme yang mana negara kaya memperolehi lebih banyak bekalan kerana mampu mendapatkan bekalan. Menurut Penasihat Penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah, Profesor Jomo Kwame Sundaram banyak negara yang sedang teruk diserang wabak COVID-19, tetapi tidak mendapat bekalan vaksin yang secukupnya kerana ketidaksamaan harga vaksin.

Unta berjaya diselamatkan selepas dua hari terperangkap dalam paya
Seekor unta berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah paya selama hampir dua hari di Rajasthan, India.

Niaga AWANI: COVID-19 di India | PM India rayu rakyatnya kekal waspada
Terkini, Perdana Menteri India Narendra Modi rayu kepada rakyatnya supaya kekal waspada dengan penularan COVID-19. Jika gagal kata Modi, negara itu berkemungkinan terpaksa mengenakan sekatan untuk kawal jangkitan.

Puluhan pejalan kaki angkat bas, bantu remaja tersepit
Puluhan pejalan kaki mengangkat sebuah bas bagi menyelamatkan seorang remaja yang tersepit selepas dilanggar.

Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna - JPDP
Menurut JPDP, Muslim Pro menjelaskan maklumat yang diberikan sebelum ini kepada X-Mode bukan data peribadi.

Didakwa jual data pengguna kepada tentera AS, Muslim Pro tampil menafikan
Aplikasi itu adalah antara ratusan aplikasi lain yang mengumpul data lokasi penggunanya untuk dijual kepada pihak ketiga.

Selepas sebulan merancang, impian Neelofa rakam suara untuk terjemahan al-Quran jadi kenyataan
Bagus Lofa...