Diet Trump "sangat tidak sihat", didominasi makanan segera, gula-gula

Walaupun gemar makanan segera, Kennedy berkata kesihatan keseluruhan Trump masih mengagumkan. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS) Robert F. Kennedy Jr. berkata Presiden Donald Trump mempunyai tabiat pemakanan yang "sangat tidak sihat", dengan dietnya banyak terdiri daripada makanan segera, gula-gula dan Diet Coke, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Setiausaha Kesihatan AS, Robert F. Kennedy Jr. melabelkan diet Presiden Trump sebagai tidak sihat, terdiri daripada makanan segera, gula-gula, dan Diet Coke.
- Kennedy mengungkap Trump kerap makan makanan sihat di Rumah Putih atau Mar-a-Lago, tetapi dietnya merosot ketika di luar untuk kunjungan.
- Trump dikatakan minum Diet Coke berterusan, dengan Kennedy menyifatkan tindakan itu seperti "mengisi diri dengan racun sepanjang hari".
Beliau berkata Trump cenderung makan lebih sihat ketika berada di Rumah Putih atau di kediamannya di Mar-a-Lago, namun dietnya merosot dengan ketara ketika melakukan kunjungan luar.
Kennedy menambah bahawa Trump minum Diet Coke secara berterusan dan sesiapa yang mengembara bersamanya akan merasakan seolah-olah Trump "mengisi dirinya dengan racun sepanjang hari".
Berseloroh mengenai ketahanan diri Trump, Kennedy berkata presiden itu mempunyai "daya tahan seperti dewa", sambil menambah bahawa beliau sendiri tidak tahu bagaimana Trump masih boleh bertahan.
"Anda pun tidak tahu bagaimana dia boleh berjalan, apatah lagi menjadi orang paling bertenaga yang pernah kita jumpa," katanya.
Walaupun gemar makanan segera, Kennedy berkata kesihatan keseluruhan Trump masih mengagumkan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


