NEW YORK: Diplomat Hungary, Csaba Korosi pada Selasa dilantik sebagai presiden baharu sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Korosi dipilih sebulat suara pada sidang pleno Perhimpunan Agung susulan pencalonannya tidak dicabar mana-mana pihak, lapor Xinhua.
Beliau akan memulakan tugas baharunya pada September 2022, menggantikan Presiden sekarang Abdulla Shahid dari Maldives.
Korosi dalam ucapannya menyenaraikan lima keutamaan di bawah pimpinannya antaranya berpegang teguh pada prinsip asas Piagam PBB seperti membuat kemajuan yang ketara dalam transformasi kemampanan serta meningkatkan perpaduan bagi menangani krisis dihadapi dunia dengan lebih baik.
"Kita sedang berdepan krisis makanan, tenaga dan hutang global yang saling berkait manakala krisis air dilihat bakal menjadi ancaman yang akan berlaku seterusnya.
"Oleh itu, kita harus mencari penyelesaian bersepadu kepada cabaran dengan sistemik. Satu-satunya jalan keluar daripada kesusahan ialah melalui pembaharuan dan transformasi berterusan organisasi serta memperkukuh kerjasama antara negara-negara anggota," katanya.
Korosi, dilahirkan pada 1958, kini berkhidmat sebagai Pengarah untuk Kelestarian Alam Sekitar.
Beliau mula bertugas dengan Kementerian Luar Hungary pada 1983.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Korosi akan memulakan tugas baharunya pada September 2022, menggantikan Presiden sekarang Abdulla Shahid dari Maldives. - Foto AP
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
UNGA ke-77 dibuka secara rasmi
Csaba Korosi dalam ucap tamanya memberi amaran berkaitan ketidaktentuan global, inflasi dan konflik kini mewujudkan keadaan gangguan yang tidak pernah berlaku sejak perang dunia kedua.
Diplomat Hungary dilantik presiden baharu Perhimpunan Agung PBB
Diplomat Hungary, Csaba Korosi pada Selasa dilantik sebagai presiden baharu sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB.