awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomat tertinggi Korea Selatan, AS adakan perbincangan di Seoul

Bernama
Bernama
06/01/2025
12:46 MYT
Diplomat tertinggi Korea Selatan, AS adakan perbincangan di Seoul
Cho Tae-yul (kanan) dalam sidang media bersama Antony Blinken berkata, kedua-dua pihak menegaskan tiada jurang dalam pakatan Korea Selatan-AS. - Reuters
SEOUL: Diplomat tertinggi Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan perbincangan di Seoul pada Isnin untuk mengesahkan semula pakatan mereka susulan proses pendakwaan yang dihadapi Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, lapor Xinhua.
Menteri Luar Korea Selatan Cho Tae-yul dalam sidang media bersama Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata kedua-dua pihak menegaskan tiada jurang dalam pakatan Korea Selatan-AS, sambil menambah usaha memperkukuh pakatan itu akan diteruskan di bawah mana-mana kerajaan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Cho menyatakan bahawa kedua-dua sekutu itu akan terus bergerak ke hadapan dengan menyelaras semua dasar dan langkah secara erat selepas pelantikan Donald Trump.
Blinken tiba di sini pada Ahad, menjadi pegawai kanan pertama AS yang melawat negara Asia itu selepas proses pendakwaan Yoon bulan lalu berhubung pelaksanaan undang-undang tenteranya yang gagal.
Mengenai proses pendakwaan itu, diplomat AS berkenaan mengulangi keyakinan AS terhadap daya tahan demokrasi Korea Selatan, sambil menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi AS kepada rakyat dan negara Korea Selatan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#diplomat
#Korea Selatan
#Amerika Syarikat
#Antony Blinken
#cho tae-yul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan