Media sosial digunakan sebagai medium untuk menzahirkan ucapan doa selamat kepada semua warga Jepun yang kini berhadapan dengan malapetaka.

Jepun dilaporkan mengalami banjir yang buruk berikutan hujan lebat yang tidak berhenti-henti di beberapa kawasan seperti Tochigi dan Joso.

Difahamkan, hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah sehingga mencapai tahap merbahaya.

Sehingga kini, lebih dari 100 ribu warga Jepun dipercayai telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Menurut beberapa laporan antarabangsa, setakat ini, 22 orang dipercayai hilang dan seorang maut dalam tragedi tersebut.

Melalui hashtag #prayforJapan, netizen menyampaikan ucapan doa serta berharap semua warga jepun akan diselamatkan.