awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari

Amanz
Amanz
16/01/2025
05:57 MYT
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu. - Gambar/ Reuters
DONALD Trump akan dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari depan. Sebagai presiden beliau boleh mengeluarkan arahan eksekutif dan antara arahan terawal yang bakal diberikan beliau mungkin ialah menangguhkan pengharaman TikTok antara 60 hingga 90 hari.
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Sebelum ini beliau dipetik berkata tidak mahu TikTok diharamkan dengan ia digunakan oleh beliau dengan jayanya ketika berkempen.
Beberapa konsortium di Amerika Syarikat menyatakan hasrat ingin membeli TikTok. Isunya ialah Bytedance tidak mempunyai perancangan untuk menjual TikTok dan menggunakan saluran mahkamah untuk membatalkan arahan Presiden Biden.
Pada 19 Januari ini, TikTok akan menghalang akses aplikasi kepada pengguna di Amerika Syarikat.
Aplikasi pula akan dibuang daripada Play Store dan App Store bagi memenuhi arahan kerajaan.
Dengan tarikh pengharaman semakin hampir, pengguna TikTok Amerika Syarikat sudah melakukan penghijrahan ke aplikasi alternatif seperti Xiaohongshu dan Lemon8 sejak hujung minggu lalu. - Amanz
Topic Berkaitan
#TikTok
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan